CARA MENGGUNAKAN PEMANGGANG AJAIB
1.Keluarkan pemanggang dengan tertib daripada kotak
2.Cuci pemanggang dengan air yang bersih dan sedikit cecair
pencuci.Kemudian lapkan pemanggang sehingga kering.
3.Letakkan di atas dapur gas dengan membuka penutup pemanggang, kemudian tuangkan sedikit minyak sahaja apabila menggoreng atau menumis.
4.Tidak perlu menggunakan minyak apabila memanggang. Begitu juga, tidak perlu menggunakan air yang banyak ketika merebus. Nyalakan api yang sederhana dan sedia untuk digunakan.
5.Pastikan penutup pemanggang ditutup rapat apabila memasak, kerana ianya akan mempercepatkan proses memasak dan juga untuk menghindarkan daripada percikan minyak, air atau masakan yang sedang dimasak.
6.Semasa memasak atau memanggang, senduk/sudip tidak diperlukan. Anda hanya perlu memusing-musingkan kedua-dua belah permukaan luar pemanggang di atas dapur tanpa membuka penutup. Anda juga
tidak perlu mengacau/mengaul makanan yang dimasak didalam pemanggang, sebaliknya hanya perlu mengoyangkan pemanggang kekiri dan kanan bagi tujuan tersebut.
7.Peringatan!! Jangan sesekali menggunakan sudu, sudip, senduk atau alatan yang diperbuat daripada 'stainless steel" ataupun "besi" bagi tujuan mengacau/menggaul mahunpun mengangkat makanan yang dimasak. Ini akan mengakibatkan lapisan "non stick" pada pemanggang akan terguris atau terkopek. Hanya alatan yang diperbuat daripada nilon, kayu atau plastik sahaja dibenarkan.
8.Setelah selesai memasak, alihkan masakan yang dimasak dan cucikan pemanggang. Untuk tujuan cucian, hanya gunakan span lembut dibenarkan. Kemudian dilap sehingga kering sebelum pemanggang disimpan.
No comments:
Post a Comment